Senarai Pemenang Korea Drama Awards 2019




2 Oktober lalu, telah berlangsungnya Korea Drama Awards di Gyeongnam Culture and Arts Center.


Tahun 2019 ini merupakan buat julung-julung kalinya Korean Drama Awards telah dilancarkan buat tahun ke-12.


Korean Drama Awards juga adalah salah satu anugerah pencalonan terulung di Korea Selatan kerana banyak mengiktiraf martabat drama dan bakat para pelakon mereka sekaligus menaikkan populariti dan kebolehpasaran para pembikin drama dan juga para pelakon.

Drama popular Sky Castle telah berjaya mengungguli anugerah utama kategori “Best Drama Award” iaitu antara anugerah terbesar dalam anugerah berprestij, Korea Drama Awards.





Sky Castle – drama ini berkisarkan mengenai ibu bapa yang terdiri dalam kalangan golongan elit (para doktor dan professor) yang tinggal di kediaman berkomuniti mewah, iaitu di 'SKY Castle, suburban Seoul'.
Mereka (para isteri dan ibu) sangat taksub dalam menaikkan martabat konglomerat bersesuaian dengan gaya hidup elit keluarga mereka. Mereka begitu mengutamakan kejayaan dan peningkatan imej para suami dan anak-anak hingga menghanyutkan mereka ke sudut yang sukar diterima norma masyarakat biasa. 
Dari segi rating tontonan drama –  bermula dengan kadar tontonan serendah 1% tetapi berjaya meraih 23.8% ketika di puncaknya dan mengungguli carta Drama Terbaik Korea 2019 di Korea Drama Awards.
Populariti drama ini meraih perhatian ramai baik dari dalam kalangan netizen Korea Selatan mahupun antarabangsa.


Tahniah diucapkan buat drama Sky Castle kerana berjaya memenangi 'Best Drama Awards'

***

Senarai penuh pemenang-pemenang anugerah lain pula boleh kita ikuti dalam senarai di bawah. K-drama netizens (netz) pasti nak tau kan?

-Senarai Pemenang Mengikut Anugerah-

Jom kita lihat senarai penuh para pemenang :

Anugerah Pelakon Baru Terbaik (Lelaki) : Ong Seong Wu (JTBC – Moments of 18)

Anugerah Pelakon Baru Terbaik (WANITA) : Kwon Nara (KBS 2TV – Doctor Prisoner)

Anugerah Watak Lelaki Popular : Ahn Chang Hwan (SBS – The Fiery Priest)

Anugerah Watak WANITA Popular : Kim Bo Ra (JTBC – SKY Castle)

Anugerah OST : Han Jin (JTBC – SKY Castle)

Anugerah Bintang Hallyu : Ong Seong Wu (JTBC – Moments of 18)

Anugerah Skrip Terbaik : Jo Jung Sun (KBS 2TV – Mother Of Mine)

Anugerah Star of the Year : Go Joon (SBS – The Fiery Priest) and Shin Ye Eun (tvN – He Is Psychometric)

Anugerah Hot Star China : Kim Seo Hyung (JTBC –  SKY Castle)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Jung Dong Hwan (tvN – Hotel Del Luna)

Anugerah Kecemerlangan (Lelaki) : Lee Kyu Hyung (SBS – Doctor John) & Kang Ki Young (JTBC – Moments of 18)

Anugerah Kecemerlangan (Wanita) : Lee Se Young (tvN – The Crowned Clown)

Male Top Excellence Award: Kim Dong Wook (MBC – Special Labor Inspector, Mr. Jo)

Female Top Excellence Award: Kim Min Jung (KBS – My Fellow Citizens)

Anugerah Drama Terbaik : JTBC – SKY Castle

Grand Excellence Award: Choi Soo Jong (KBS – My Only One)



Choi Soo Jong - ayah yang hebat dan pasti dirindui dalam drama 'My Only One'


Kim Dong Wook a.k.a "Mr. Inspector Jo"

Kim Min Jung (KBS – My Fellow Citizens)

Lee Se Young (tvN – The Crowned Clown)
  



Ditulis oleh : #DreamingSakura101
Disunting oleh : #RoxingFuntasia303



Comments