NU’EST Comeback – 7th Mini Album : The Table | Kemunculan dalam Idol Room & Yoo Hui-Yeol's Sketchbook




NU’EST telah membuat comeback pada 21 Oktober, dengan lagu bertajuk Love Me sebagai lagu utama. Mini Album : The Table ini turut termuat enam buah lagu termasuk lagu utama.





Jom streaming video muzik Love Me di Youtube mereka yang sudah dimuat naik pada 21/10/2019 6 p.m. KST! (bersamaan 5 petang waktu Malaysia)



| Muncul di Idol Room – 1st Full Group |

  
Kemunculan kembali dengan mini album ini membawa NU’EST turut bersiaran di dalam rancangan Idol Room! Ini adalah kemunculan NU’EST di dalam Idol Room buat pertama kali nyasebagai sebuah grup yang lengkap dengan kehadiran semua member. Mengujakan, bukan?!

Gelagat ahli-ahli NU’EST di dalam Idol Room


Minhyun pernah muncul (di dalam Idol Room) ketika bersama WannaOne, manakala Aron, Jonghyun, Baekho dan Minki juga pernah muncul sebagai sub-group NU’EST W, episode ini pastinya amat istimewa terutamanya bagi ‘L.O.V.E’!

Idol Room Episod 73 dijangka akan telah bersiaran pada 22 Oktober pada jam 6:30 p.m. KST (5.30pm waktu Malaysia).





 | Kemunculan Pertama di dalam Yoo Hee Yeol’s Sketchbook |


Yoo Hui-Yeol Sketchbook | Salah satu program muzik terkenal di Korea Selatan


Kemunculan kembali pada ketika ini turut membawa tuah kepada NU’EST! Hal ini kerana, NU’EST juga akan muncul di dalam rancangan Yoo Hee Yeol’s Sketchbook buat pertama kalinya sempena comeback – 7th mini album The Table (Love Me).

Para peminat boleh menantikan memunculan mereka di dalam Yoo Hee Yeol’s Sketchbook pada 25 Oktober, di siaran KBS2 pada 12:10 a.m. KST (1:10 p.m waktu Malaysia).







Ditulis oleh : #DreamingSakura101#
Disunting oleh : #MissuzCleopatra303#

Comments