Kemunculan Semula Winner bersama Mini Album Ketiga - CROSS





Kemunculan Semula Winner | CROSS : 3rd Mini Album

Setelah sekian lama menunggu, CROSS : 3rd Mini Album menandakan Winner akhirnya membuat kemunculan semula pada 23 Oktober!

Album mini ini termuat enam buah lagu di dalam tracklist mereka – lagu utamanya, SOSO adalah hasil ciptaan dan dan garapan ahli Winner sendiri iaitu Yoon, Mino dan Hoony!




Boleh dikatakan bahawa, kesemua lagu yang terdapat di dalam CROSS, album mini ketiga mereka ini telah dicipta oleh mereka, ahli kumpulan Winner sendiri. 

Hal ini tidaklah begitu mengejutkan kerana rata-rata artis di bawah naungan YG Entertainment sememangnya dikenali sebagai ‘self-produced’ (ciptaan sendiri bagi lirik dan gubahan melodi lagu mereka yang mereka nyanyikan - ciptaan untuk nyanyian individu atau berkumpulan).

Album ini juga mempunyai 2 versi iaitu versi pertama : 3rd Mini Album [CROSS] CROSSROAD dan  versi kedua : 3rd Mini Album [CROSS] CROSSLIGHT.

Adakah semua innercicrle (para peminat Winner) telah bersedia untuk membuat pesanan album mereka?


*****


| Cross Tour in Seoul bersama Winner |

Winner turut akan mengadakan siri jelajah Winner Cross Tour yang bakal diadakan pada 26 dan 27 Oktober di KSPO Dome.

Siri jelajah ini turut disertai beberapa buah negara lain yang terdapat di Asia bermula di Seoul kemudian diikuti di Taipei (24/11), Jakarta (21/12), Bangkok (11/01/2020), Kuala Lumpur (18/01/2020), Manila (25/01/2020) dan juga Singapura (08/02/2020). 



Adakah anda semua menantikan comeback Winner?

Video muzik – SOSO telah dilancarkan pada jam 6 p.m. KST ini! **(kira-kira 5 petang waktu Malaysia)


WINNER - 3rd MINI ALBUM 'CROSS' SAMPLER :




WINNER - SOSO MV :



 :


Comments