Idol Social Dining | 'Variety Show Terbaharu' Oktober Ini!





Olive - Siaran Youtube bertapak di Korea Selatan, bakal muncul dengan rancangan aneka ragam (variety show) terbaru, Idol Social Dining.

Episode kali pertama menyaksikan beberapa orang vokalis utama yang berkarisma lagi mantap – tidak kira sama ada mereka bergerak secara solo atau grup. Mereka yang dijemput ialah vokalis yang tampan lagi bakal mengujakan hati para K-popers terutamanya, siapa lagi jika bukan Inseong (SF9), Woong (AB6IX),  Kook Heon (solo) dan juga Sewoon (solo).




Rancangan ini menampilkan tema yang agak unik, iaitu beberapa orang artis ‘idol’ akan diminta untuk memasak bersama sambil berkongsikan pengalaman dan isi hati masing-masing dalam bentuk perbualan yang menyeronokkan!

Rancangan ini juga memberi peluang kepada para tetamu untuk 'create new friends' – ‘mencipta teman baru’ supaya 'bonding' atau ‘ikatan’ antara mereka akan terjalin lebih erat sambil mereka mempelajari resepi masakan yang ingin dimasak bersama-sama. Walaupun mereka tidak mengenali dan masing-masingnya tidaklah pandai memasak, semua peminat sudah tidak sabar untuk menontonnya apabila iklan acah (teaser) dimuatnaik.

Selain menjemput 'main vocal' atau vokalis utama, idola lain yang memegang posisi seperti main dancer, leader, lead vocal dan sebagainya turut akan disiarkan dalam episode-episod akan datang! Pasti menarik, bukan?

Berbalik kepada Idol Social Dining kali ini, Lee Seok Hoon daripada kumpulan idol generasi terdahulu yang mempunyai paduan vocal mantap, SG Wannabe pula dipilih untuk mengacarakan program ini. Perkara ini turut berjaya menarik perhatian ramai. Hal ini kerana beliau juga amat terkenal kerana berpengalaman sebagai 'vocal instructor' di dalam kebanyakan rancangan uji bakat melibatkan kebanyakan idol.



Lee Seok Hoon sebagai senior di dalam bidang ini, dijangka dapat mengungkapkan perasaan empati terhadap cerita dan kebimbangan para penyanyi idola yang dijemput. Sekaligus ia menarik perhatian para penonton tentang apa dan bagaimana hati mereka disentuh oleh MC dan para idol jemputan yang diminati.

Bagaimanakah agaknya ya? Jangan lupa saksikan Episod Pertama Idol Social Dining di channel Olive ya! Dengar cerita, sarikata English turut tersedia untuk tatapan penonton.

Jangan lupa tonton ya! Episode pertama dijangka bakal bersiaran pada 17 Oktober sekitar 10:40 P.M. (waktu KST). 

            Teaser episode pertama Idol Social Dining :




 - DreamingSakura101-

Comments