Comeback Pertama AB6IX | First Full Album : ‘6IXENSE’






Kumpulan AB6IX (singkatan kepada : ‘Absolute Six’) kini kembali!

Artis rakaman di bawah label agensi Brand New Music ini kembali untuk menggegarkan semula arena dunia baru K-pop! Ini adalah comeback pertama mereka setelah debut dengan sebuah album mini pada 22 Mei 2019 yang lalu!

6IXENSE – merupakan tajuk full album pertama mereka yang amat dinanti-nantikan oleh fans mereka, yang dikenali sebagai ABNEW.

AB6IX - The AB in AB6IX stands for ABSOLUTE or ABOVE BRANDNEW, while the 6 stands for 5 members + 1 fandom. The 6ixth member = ABNEW

AB6IX layak digelar sebagai kumpulan ‘gergasi’ baru kerana mereka sudah berjaya memenangi anugerah Bonsang Awards yang disampaikan oleh Soribada Music, pada Ogos lalu.

Siapa yang tidak kenal dengan dua orang ahli AB6IX yang sebenarnya merupakan bekas ahli kumpulan WannaOne – produser utama kumpulan, Daehwi, dan juga seorang rapper yang turut mempunyai skill tarian yang hebat, iaitu Woojin.

Lee Dae-Hwi a.k.a David Lee (maknae & wajah utama AB61X)


AB6IX's Woojin



Young-min dan Dong-hyun yang juga bekas peserta Produce 101 musim ke-2 sebelum ini telah membentuk sub-unit duo MXM yang bergerak aktif bersama-sama WannaOne sehinggalah penambahan ahli terakhir iaitu Jeon-Woong menyertai mereka dan membentuk AB6IX.

Young-min (Ketua AB6IX)


AB6IX's Donghyun

Woong pula sudah dikenali oleh M.A.T.E - Meet At The End (nama fandom yang diambil sempena ucapan Hyunsuk Treasure13 di YG Treasure Box - survival show) sebagai ahli kumpulan yang bersahabat selamanya, iaitu Silver Boys. Tidak dapat dinafikan, beliau amat terkenal dalam kalangan peminat K-pop kerana pernah menjadi pelatih(trainee) di syarikat YG dan juga JYP Entertainment (JYPE) serta pernah muncul di dalam rancangan Stray Kids Survival Show bersama Silver Boys ketika beliau masih menjadi seorang pelatih di YG.

Woong. Ahli grup AB6IX yang tidak suka dipanggil dengan nama penuhnya, Jeon-woong

Barisan mereka berlima kelihatannya memang cukup hebat dan pastinya bakal mencuri hati ahli ke-enam iaitu fanz mereka, ABNEW sekali lagi.





Ayuh kita lihat apa ada di sebalik album penuh 6IXENSE!


6IXSENSE - FULL 1st
Album of AB6IX




Album 6IXENSE mengandungi 11 buah lagu yang dicipta oleh ahli grup AB6IX sendiri yang turut dibantu beberapa pihak lain. Fenomena gabungan kreativiti mereka berjaya mencetuskan penghasilan dua versi album ini,  Versi 6IX dan Versi Sense.

Video muzik (MV) bagi lagu utama mereka yang bertajuk ‘Blind for Love’ telah dilancarkan pada 7 Oktober yang lalu, dan ianya amat menarik! Jangan lupa saksikan di bawah!^^




Artikel ditulis oleh :

-DreamingSakura101-




Comments

  1. Suka tengok semua. Hehe, Woong tu macam kelakar je bila tak suka kena panggil dengan nama penuh dia :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberikan komen di post ini. Kami berharap hantaran (post) anda adalah tidak akan menyakiti mana-mana pihak.
================================================
Thanks for your comment. We hope we will upgrading better for the next time. No malicious comment(s) are/is allowed here. Thank you once again for your understanding.
================================================