Comeback Pertama AB6IX | First Full Album : ‘6IXENSE’
Kumpulan AB6IX
(singkatan kepada : ‘Absolute Six’) kini kembali!
Artis
rakaman di bawah label agensi Brand New Music ini kembali untuk menggegarkan
semula arena dunia baru K-pop! Ini adalah comeback pertama mereka setelah debut
dengan sebuah album mini pada 22 Mei 2019 yang lalu!
6IXENSE
– merupakan tajuk full album pertama mereka yang amat dinanti-nantikan oleh fans mereka, yang dikenali sebagai ABNEW.
![]() |
AB6IX - The AB in AB6IX stands for ABSOLUTE or ABOVE BRANDNEW, while the 6 stands for 5 members + 1 fandom. The 6ixth member = ABNEW |
AB6IX
layak digelar sebagai kumpulan ‘gergasi’ baru kerana mereka sudah berjaya
memenangi anugerah Bonsang Awards yang disampaikan oleh Soribada Music, pada Ogos
lalu.
Siapa
yang tidak kenal dengan dua orang ahli AB6IX
yang sebenarnya merupakan bekas ahli kumpulan WannaOne – produser utama kumpulan, Daehwi, dan juga seorang rapper yang turut mempunyai skill tarian
yang hebat, iaitu Woojin.
![]() |
Lee Dae-Hwi a.k.a David Lee (maknae & wajah utama AB61X) |
![]() |
AB6IX's Woojin |
Young-min
dan Dong-hyun yang juga bekas peserta Produce 101 musim ke-2 sebelum ini telah membentuk
sub-unit duo MXM yang bergerak aktif
bersama-sama WannaOne sehinggalah
penambahan ahli terakhir iaitu Jeon-Woong
menyertai mereka dan membentuk AB6IX.
![]() |
Young-min (Ketua AB6IX) |
![]() |
AB6IX's Donghyun |
Woong pula sudah dikenali oleh M.A.T.E - Meet At The End (nama fandom yang diambil sempena ucapan Hyunsuk Treasure13 di YG Treasure Box - survival show) sebagai ahli kumpulan yang bersahabat selamanya, iaitu Silver Boys. Tidak dapat dinafikan, beliau amat terkenal dalam kalangan peminat K-pop kerana pernah menjadi pelatih(trainee) di syarikat YG dan juga JYP Entertainment (JYPE) serta pernah muncul di dalam rancangan Stray Kids Survival Show bersama Silver Boys ketika beliau masih menjadi seorang pelatih di YG.
![]() |
Woong. Ahli grup AB6IX yang tidak suka dipanggil dengan nama penuhnya, Jeon-woong |
Barisan
mereka berlima kelihatannya memang cukup hebat dan pastinya bakal mencuri hati ahli ke-enam iaitu fanz mereka, ABNEW sekali lagi.
Ayuh kita lihat apa
ada di sebalik album penuh 6IXENSE!
6IXSENSE - FULL 1st
Album of AB6IX
Album
6IXENSE mengandungi 11 buah lagu
yang dicipta oleh ahli grup AB6IX sendiri yang turut dibantu beberapa pihak
lain. Fenomena gabungan kreativiti mereka berjaya mencetuskan penghasilan dua
versi album ini, Versi 6IX dan Versi Sense.
Video
muzik (MV) bagi lagu utama mereka yang bertajuk ‘Blind for Love’ telah dilancarkan pada 7 Oktober yang lalu, dan
ianya amat menarik! Jangan
lupa saksikan di bawah!^^
Artikel ditulis oleh :
-DreamingSakura101-
-DreamingSakura101-
Suka tengok semua. Hehe, Woong tu macam kelakar je bila tak suka kena panggil dengan nama penuh dia :D
ReplyDelete